Assalamualaikum ,

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” ......Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”........Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”


Renungan Kita Bersama

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian pada salah seorang antara kamu, lalu ia berkata:"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tak menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah & aku termasuk orang-orang yang soleh".......Al-Munafiqun, ayat 10.

INFO

INFO
  • Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
  • Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
  • Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
  • Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
  • Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
  • Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
  • Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Sumber : Denaihati.com dan Tabung Haji

- Mudahan mendapat haji yang mabrur, Amin

Sabtu, 23 Julai 2011

Sejarah

Pusat Pengajian Pondok Al-Madini(Pondok Madinah) terletak 12 km dari Pekan Batu Enam. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tanahnya yang subur mempunyai keluasan 3.337ac.
Kedudukannya amat bersesuaian bagi membina
sebuah institusi Pengajian Islam kerana faktor alam semulajadinya yang nyaman dan jauh dari
kesibukan kotaraya serta gangguan kenderaan dan pembangunan
Pondok Al-Madini mempunyai tarikan yang tersendiri kerana dibina di atas tapak kampung lama yang
ditinggalkan penghuninya puluhan tahun yang
lampau. Pada masa dahulu ia dikenali dengan nama Kampung Lama Trap, Bukit Wan di Mukim Batu Rakit, Terengganu.
Pondok Al-Madini di asaskan oleh seorang
pendakwah iaitu Ustaz Ahmad Rakim An-Nuria
Al-Madani yang berkelulusan Pondok dan Universiti Islam Al-Madinah dan menyambung pengajian di peringkat Master di Mesir. Penubuhannya dibantu oleh dua orang sahabat yang ikhlas serta minat yang mendalam kepada Institusi Pengajian Agama iaitu Tuan Haji Mohd bin Haji Abu Bakar dan Tuan Haji Mohammad bin Yahya
Setelah sekian lama mencari tapak yang
bersesuaian, maka dengan Izin Allah S.W.T.
penubuhannya dapat dilaksanakan dengan membeli sebidang tanah berharga RM130 000.00, dan bayarannya telah dijelaskan melalui Jualan Skim Lot Tanah Wakaf dan Pembangunan serta hasil dari sumbangan orang ramai.
Akhirnya, harapan Pengasas dan pengusaha.
semoga Pondok ini menjadi tempat pengisian ilmu di dada dan juga pengabdian kepada Rabbul Jalil bagi mencapai Mardhotillah…Amin Ya Rabbul Alamin

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bacaan Al Quran

Dengar Quran

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More