Assalamualaikum ,

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” ......Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”........Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”


Renungan Kita Bersama

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian pada salah seorang antara kamu, lalu ia berkata:"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tak menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah & aku termasuk orang-orang yang soleh".......Al-Munafiqun, ayat 10.

INFO

INFO
  • Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
  • Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
  • Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
  • Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
  • Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
  • Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
  • Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Sumber : Denaihati.com dan Tabung Haji

- Mudahan mendapat haji yang mabrur, Amin

Sabtu, 23 Julai 2011

Pentadbiran

Pondok Al-Madini memberi ruang seluasnya kepada
semua lapisan masyarakat yang ingin menuntut Ilmu Akhirat dan beribadat secara berjemaah. Pihak kami
menyediakan tempat dan kawasan bagi membina
penempatan.
Di sini kami merancang pembahagikan kawasan kepada beberapa zon:
¨ Kawasan penempatan pelajar lelaki secara umum(muda dan warga tua) yang belum berkahwin atau berseorangan.
¨ Kawasan penempatan pelajar perempuan (asrama).
¨ Kawasan penempatan warga tua (perempuan)
¨ Kawasan penempatan pelajar yang sudah
berkeluarga.
¨ Perkhidmatan rumah tumpangan khusus kepada
kakitangan kerajaan dan swasta yang ingin beribadat dan mencari ilmu bagi percutian mereka pada hujung minggu.
¨ Membina rumah guru atau tenaga pengajar yang sanggup tinggal sepenuh masa bagi menghidupkan Pondok Al-Madini dan mentadbirnya.
¨ Membina kawasan dan Ibadat pengajian iaitu masjid dan pusat pentadbiran Am bagi kemudahan
pengurusan hal ehwal Pondok.
¨ Menyediakan kantin dan kedai runcit bagi keperluan pelajar.
¨ Menyediakan penginapan untuk anak-anak yatim.
Pihak Pondok menetapkan kepada pelajar lelaki yang tinggal di setiap sebuah pondok dihadkan hanya seramai tiga orang sahaja. Ini bagi menjamin keselesaan serta jauhkan mereka daripada gangguan dan kesibukan.
Manakala Pelajar Perempuan pula diwajibkan
tinggal di asrama yang disediakan yang berada
berhampiran rumah Pengasas bagi menjaga keselamatan mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bacaan Al Quran

Dengar Quran

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More